AKTIVITI

 

Sempena Karnival Sains yang berlangsung dari 7 hingga 21 Oktober 2023.Unit Fizik akan mengadakan pertandingan water rocket dan rocket parachute pada 7 Oktober 2023. Semua pelajar SES dan SDS dijemput menyertai petandingan ini dan hadiah yang menarik bakal menjadi milik pemenang.

 

 

Program Kerjasama Strategik dan Perkongsian Pintar telah dilaksanakan pada 16 Februari 2024 (Jumaat) bertempat di Kolej Komuniti Paya Besar, Kuantan, Pahang. Program ini merupakan satu program bersama yang dianjurkan oleh Unit Fizik, Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) dan Kolej Komuniti Paya Besar, Kuantan, Pahang. Program ini bertujuan untuk mewujudkan jalinan pintar antara KMPh dan Kolej Komuniti. Di samping dapat memberikan pendedahan kepada pensyarah Unit Fizik tentang amalan terbaik mereka dalam pengajaran dan pembelajaran bagi topik Elektrik bagi subjek Fizik Semester 2.

Physics Ace Quest

17 November 2023 (Jumaat)

2.30 petang - 5.00 petang

Program ini dijalankan bagi meningkatkan minat pelajar dalam subjek Fizik, dan pada masa yang sama meningkatkan tahap pemahaman silibus. Aktiviti dijalankan secara stail permainan, iaitu Puzzle Party, Physics Monopoly, Bingo dan Target To Get.

 

 

Rocketry Challenge (Karnival Sains)

7 Oktober 2023 (Sabtu)

7.30 pagi - 1.00 tengahari

Unit Fizik telah menganjurkan pertandingan roket parachute dan roket sesaran sempena Karnival Sains pada 7 Oktober 2023. Cabutan bertuah juga diadakan bagi memeriahkan lagi majlis.

 

 

 

Hari Terbuka KMPh

20 - 21 Oktober 2023 (Sabtu)

Unit Fizik terlibat dengan Hari Terbuka KMPh dan telah mengambil bahagian dalam pameran booth bagi RC Jet dan Holo Phys.

 

 

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/