MINI SIMPOSIUM PEER-ASSISTED LEARNING (PAL)
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
SESI 2023/2024 

 

Mini Simposium Peer-Assisted Learning (PAL) telah dilaksanakan pada 8 Mac 2024(Jumaat) bertempat di Kolej Matrikulasi Pahang. Program ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan akademik pelajar dalam suasana pembelajaran yang lebih berfokus.Selain itu,ia juga sebagai satu platform perkongsian berkenaan amalan terbaik sesi perkongsian PAL. Melalui program ini,kita akan diperlihatkan bagaimana PAL leaders membangunkan kemahiran insaniah melalui perancangan, penganjuran, pengurusan masa dan hubungan komunikasi sesama rakan-rakan pelajar. Di simposium ini, setiap peserta yang terdiri dari PAL leaders dapat berkongsi idea dan pandangan berkenaan kaedah bimbingan tunjuk ajar dan teknik-teknik yang membantu mereka menangani dan seterusnya melancarkan penyampaian perkongsian dalam satu-satu perbincangan. Program ini memberi ruang pelajar untuk membuat jalinan jaringan dengan pelajar lain yang membantu mereka kelak dalam membantu komuniti di peringkat Universiti.

powered by social2s