Program Kerjasama Strategik dan Perkongsian Pintar telah dilaksanakan pada 16 Februari 2024 (Jumaat) bertempat di Kolej Komuniti Paya Besar, Kuantan, Pahang. Program ini merupakan satu program bersama yang dianjurkan oleh Unit Fizik, Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) dan Kolej Komuniti Paya Besar, Kuantan, Pahang. Program ini bertujuan untuk mewujudkan jalinan pintar antara KMPh dan Kolej Komuniti. Di samping dapat memberikan pendedahan kepada pensyarah Unit Fizik tentang amalan terbaik mereka dalam pengajaran dan pembelajaran bagi topik Elektrik bagi subjek Fizik Semester 2.

powered by social2s