MUET Preparatory Workshop 2.0

 MUET Preparatory Workshop 2.0 adalah satu program kolaborasi di antara Kolej Matrikulasi Pahang, SMK Keladi, Kedah, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah dan Kolej Matrikulasi Kedah yang telah diadakan pada 27 Ogos 2022 dan dihadiri oleh 2000 pelajar Kolej Matrikulasi Pahang, pelajar program matrikulasi di seluruh Malaysia, pelajar Universiti yang akan menduduki peperiksaan MUET dan pelajar Tingkatan 6 secara di dalam talian menggunakan medium Youtube Live. Penyelaras bengkel tersebut adalah Puan Ainunazli Abdul Rahman, Subject Matter Expert (SME) Unit Bahasa Inggeris, Kolej Matrikulasi Pahang dengan dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa yang dilantik. Bengkel tersebut disampaikan oleh penceramah jemputan, Puan Hajah Aishah Binti Othman dari SMK Keladi, Kulim, Kedah. Pengisian bengkel tersebut telah memberi manfaat kepada pelajar Kolej Matrikulasi Pahang, pelajar program matrikulasi di seluruh Malaysia, pelajar Universiti yang akan menduduki peperiksaan MUET dan pelajar Tingkatan 6 mengenai silibus dan format baharu peperiksaan MUET. Ianya juga dapat membantu pelajar membina kefahaman dan kemahiran tentang teknik menjawab soalan peperiksaan MUET serta memberi pendedahan secara “hands on” mengenai skema pemarkahan dan teknik mencapai minimum Band 4 bagi peperiksaan MUET.

powered by social2s