BENGKEL PENULISAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN (RESEARCH PROPOSAL WRITING WORKSHOP) 

Jawatankuasa Peningkatan Kelayakan Akademik Kolej Matrikulasi Pahang telah menganjurkan Bengkel Penulisan Kertas Cadangan Penyelidikan (Research Proposal Writing Workshop) dengan tujuan memangkinkan kecenderungan pensyarah untuk memperbaiki kualiti amalan mereka dalam menghasilkan kertas cadangan yang berkualiti dan berimpak tinggi. Bengkel ini dirangka khusus bagi membantu para pensyarah yang berminat untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat sarjana atau kedoktoran. Bengkel ini telah dijalankan melalui dua sesi, iaitu pada 21 Oktober 2022 (Sesi 1) dan 4 November 2022 (Sesi 2). Kedua-dua sesi ini diadakan pada hari Jumaat, dari jam 2.45 hingga 4.30 petang. Puan Zuraishah Bt Zukri telah memainkan peranan menyelaras bengkel dengan dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa yang telah dilantik. Ucapan terima kasih tak terhingga dititipkan kepada Puan Penceramah, Puan Asmawati Mohd Ali, Pensyarah Kanan KMPh yang telah berkongsi banyak maklumat dan nasihat berguna kepada peserta. Puan Pengarah KMPh, Puan Latiza A Latif juga telah berkesempatan merasmikan majlis penutup bengkel tersebut dan memberikan kata-kata semangat kepada semua peserta.  

powered by social2s