PROGRAM AGIHAN PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

 

 

 

 

Seramai 1046 pelajar di KMPh telah menerima perantisiswa pada hari ini, 3 November 2022. PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan satu inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertujuan membantu pembelajaran secara maya atau hibrid untuk kelangsungan pendidikan ketika fasa peralihan endemik ini. Seramai 300 lagi pelajar KMPh dalam proses rayuan dan akan menerima bagi fasa 2 nanti.

Majlis penyampaian PerantiSiswa disempurnakan oleh Puan Latiza binti A Latif, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang. Beliau sempat berpesan agar Pelajar  bersyukur dan berterima kasih serta menggunakan PerantiSiswa sepenuhnya. Pelajar juga diingatkan tidak menjual PerantiSiswa yang diterima semata-mata untuk mendapatkan wang dengan mudah.

powered by social2s