Program Kepimpinan Altruistik Pelajar KMPh

 

Seramai 1016 Pelajar Kolej Matrikulasi Pahang telah menyertai Program Kepimpinan Altruistik Pelajar KMPh anjuran bersama Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) dan Pusat Pembangunan Pelajar (KMPh) dan daripada jumlah tersebut seramai 250 orang merupakan Alumni MFLS Tier 2 yang sedang mengikuti pengajian di KMPh.

Tujuan program ini menyediakan platform untuk membentuk future ready-leader yang akan menjadi tonggak kepimpinan pelbagai sektor pada masa hadapan. Seminar Kepimpinan merupakan salah satu inisiatif latihan untuk memberi pendedahan kepada golongan mahasiswa agar mereka aktif dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan meningkatkan kemahiran berkaitan kepimpinan altruistik. Program ini juga dengan Kerjasama Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD),Kementerian Belia dan Sukan yang menampilkan dua orang penceramah, daripada NADMA Jabatan Perdana Menteri dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).


Objektif program ini adalah untuk:
2.1 Menyediakan platform untuk membentuk future ready-leader yang akan menjadi tonggak kepimpinan pelbagai sektor pada masa hadapan.
2.2 Merupakan salah satu inisiatif latihan untuk memberi pendedahan kepada golongan mahasiswa agar mereka aktif dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan meningkatkan kemahiran berkaitan kepimpinan altruistik.


 Program ini perlu dilaksanakan supaya ;
3.1 Membantu pelajar meningkatkan kefahaman berkaitan kepimpinan serta dapat menyemai rasa kasih dan sayang terhadap negara.
3.2 Program ini diharapkan dapat meningkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan pelajar yang hidup dalam masyarakat berbilang kaum, supaya hidup dengan lebih aman dan harmoni melalui aktiviti kemasyarakatan. Bersama mensyukuri keamanan negara yang kita kecapi. Di samping memupuk semangat jatidiri sebagai warganegara Malaysia dan bertekad bersama-sama menjaga keamanan dan keselamatan negara kita. Akhirnya menjadi pelajar yang komprehensif dari segi ilmu pengetahuan, emosi, rohani,jasmani dan sahsiah.

powered by social2s