PROGRAM MYSCIENCE2U UNIT KIMIA

ProgramMyScience2U telahdilaksanakan di Akademi Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) - MUIP, Kompleks Sultan Haji Ahmad Shah,  Kuantan pada 29 Mei 2022, bermula jam 8.00 pagi yang melibatkan semua pensyarah Unit Kimia. Seramai 62 orang pelajar Akademi YASA MUIP telah menyertai program ini dengan jayanya dimana pelajar-pelajar yang ditempatkan di akademi ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yatim dan miskin yang bersekolah di sekitar Kuantan. Pensyarah-pensyarah telah melaksanakan aktiviti-aktiviti sains secara amali atau ‘hands-on’ untuk menanam minat terhadap sains dan mengasah kemahiran proses sains.

Objektif-objektif utama Program MyScience2U ini adalah untuk menarik minat dan membuka ruang kepada semua pelajar untuk menghayati dan memahami mata pelajaran Sains dengan lebih menarik.menerapkan pengetahuan, kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni dengan pembelajaran melalui eksperimen atau kaedah amali dan memupuk minda muda menjadi lebih inovatif dan berkongsi pengetahuan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM ).

Semoga program MyScience2U bersama Akademi YASA MUIP ini menjadi salah satu momentum keprihatinan daripada pensyarah Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Pahang dalam berkongsi kepakaran dan pegetahuan bersama pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik. Selain itu, diharapkan usaha ini menjadi sebahagian daripada promosi program matrkulasi kepada pelajar-pelajar, disamping akan merapatkan lagi hubungan dengan masyarakat yang memerlukan bantuan.

powered by social2s