BENGKEL PEMBENTANGAN KERTAS CADANGAN KMPh TAHUN 2022

 

 

 

 

Bengkel pembentangan kertas cadangan KMPh tahun 2022 telah berlangsung pada 13 Mei 2022 pada pukul 2.30 petang melalui dua saluran YOUTUBE LIVE. Bengkel pembentangan kertas cadangan  ini bertujuan mempertingkatkan kualiti penghasilan kertas pelaporan R&D serta meningkatkan kemahiran serta pengetahuan para pensyarah dalam pelaksanaan  kajian penyelidikan. Di samping itu, bengkel ini juga bole memupuk budaya ilmu melalui perkongsian pengalaman serta amalan penyelidikan dalam kalangan pensyarah pelbagai unit. Selain itu, bengkel ini menjadi nilai tambah bagi para penyelidik untuk menilai kembali kertas cadangan penyelidikan yang dihasilkan agar ia berada pada landasan yang betul. Sebanyak 24 kertas kajian dibentangkan dalam bengkel ini yang melibatkan penyertaan daripada 84 orang pensyarah dari pelbagai unit. Pembentangan ini telah dinilai oleh 6 orang panel penilai yang sangat berpengalaman dalam bidang masing-masing.

     

powered by social2s