Kunjungan Hormat ke atas YAB Menteri Besar Pahang

 Dato Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail

 

Pada 12 Oktober 2020 yang lepas  pengurusan tertinggi Kolej Matrikulasi Pahang telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Mentei Besar Pahang  Dato Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail, En Ahmad Tajuddin Bin Gezai Pengarah diiringi oleh, En Mohd Azeli bin Abdul Latif, Ketua Jabatan Pengurusan Palajar. En Muhamad Izham bin Zakaria, Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas. En Nasrul Isyam bin Abdul Hamid, Ketua Unit Pengajian Am Matrikulasi .

YAB Menteri Besar Pahang juga mengalukan kunjungan hormat Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang ke atas beliau antara tulisan YAB Menteri Besar dalam facebook dan instagram beliau, “Selamat bertugas saya ucapkan kepada Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang yang baharu, Encik Ahmad Tajuddin bin Gezai. Terima kasih juga atas kunjung hormat di pejabat saya pada petang ini. Semoga Kolej Matrikulasi Pahang terus maju jaya dan menjadi sebuah institusi pendidikan yang melahirkan para siswa siswazah yang bukan sahaja cemerlang akedemiknya, malahan budi pekertinya.” 

Hasil daripada kunjungan hormat tersebut YAB Menteri Besar Pahang sangat cakna dan prihatin terhadap beberapa permasalahan pelajar di Kolej Matrikulasi Pahang terutama berkaitan kebajikan pelajar yang kurang berkemampuan.

 

 

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/