Wacana Rukun Negara dan Patriotisme Bersama Pemimpin Muda Negeri Pahang

 

 

KUANTAN, 07 SEPTEMBER 2020, Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail merasmikan Wacana Rukun Negara dan Patriotisme Bersama Pemimpin Muda Negeri Pahang Sempena Hari Kebangsaan Ke-63 di Yayasan Pahang disini hari ini. Ybrs Tn Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang En Ahmad Tajuddin Bin Gezai turut menyertai wacana tersebut. Golongan muda disaran supaya menghayati rukun negara dalam usaha melahirkan masyarakat yang harmoni dalam berbilang kaum di negara ini.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, golongan muda bukan sahaja perlu patuh kepada rukun negara malah mereka perlu mendalami dan memahami kelima-lima rukun tersebut sebelum menggunapakai di dalam kehidupan seharian.

“Bagi melahirkan rakyat yang cintakan negara, kita semua sebagai rakyat Malaysia haruslah berpegang kepada satu prinsip iaitu prinsip rukun negara sebagai panduan dalam memupuk semangat perpaduan di dalam negara berbilang kaum seperti di Malaysia,” katanya.


Antara tetamu dan peserta yang hadir ke Wacana Rukun Negara dan Patriotisme Bersama Pemimpin Muda Negeri Pahang.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Wacana Rukun Negara dan Patriotisme Bersama Pemimpin Muda Negeri Pahang Sempena Hari Kebangsaan Ke-63 di Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang di sini, hari ini.

Program tersebut turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman, Naib Canselor Universiti Kolej Yayasan Pahang (UCYP), Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Zainuddin dan Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman.

#SayangiKolejMatrikulasi
#JomMasukMatrik

 

 

 

KEBANGGAAN KMPh

PENERIMA APC 2022

AKTIVITI KOLEJ

ARTIKEL POPULAR

kadRaya2024

Physics un Carnival 2024

  Physics Fun Carnival 2024 KMPh ini dilaksanak [ ... ]

MINI SIMPOSIUM(PAL) 2023/2024

MINI SIMPOSIUM PEER-ASSISTED LEARNING (PAL)
KOLEJ MA [ ... ]

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK PSPM 2 SESI 2022/2023 dan PSPM 1 SESI 2023/2024 KOLEJ MATRIKULASI PAHANG SESI 2023/2024

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK PSPM 2 SESI  [ ... ]

English Activities 2024

English Activities 2023

    Art Therapy 2023   The English Uni [ ... ]

Artikel Lain

 


NOTIS SEBUT HARGA

Makluman Semasa

 ___________________________
 
 
______________________________
 
 
 

JK PERWAKILAN PELAJAR SESI 2023/2024

WACANA ILMU

LOKASI

Koordinat :

3.717621,103.0743347

Hubungi Kami

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/