KURSUS 'G-SUITE FOR EDUCATION' DAN RAKAMAN VIDEO PDPC (GOOGLE CLASSROOM)

 

Unit Sains Komputer telah berjaya melaksanakan kursus G-Suite bermula 29 Jun 2020 yang lalu. Kursus ini telah dibimbing oleh Pn Rusmawati Alias dan Pn Nor Rohaizie Nordin. Semua ahli unit Sains Komputer telah menyertai kursus ini dengan jayanya. Antara pengisian program adalah seperti berikut:

1. Memulakan Google Classroom dan membuat pengumuman.

2. Mencipta topik, mencipta tugasan berserta rubrik, mencipta tugasan kuiz.

3. Mencipta soalan, mencipta bahan pembelajaran dan guna semula edaran.

4. Menyemak tugasan dan memberi markah.

5. Membuat kelas online menggunakan Google Meet di dalam Google Classroom.

6. Pengurusan Google Drive dan pengenalan Youtube

Kursus ini dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi Google Meet dan semua pensyarah berada di kubikel pensyarah masing-masing.

 

 

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/