Program Kesedaran Keselamatan Negara

 

Program Kesedaran Keselamatan Negara Bersama Pelajar Kolej Matrikulasi Pahang  pada 18 Januari 2020 Sabtu,di Dewan Kuliah Besar 2,  Kolej Matrikulasi Pahang. Program mendapat sambutan yang sangat baik,hampir 300 orang pelajar memenuhi tempat duduk di Dewan Kuliah Besar 2.
 
1.0 LATAR BELAKANG
Program ini telah di takwimkan dan akan dilaksanakan oleh Unit Pengajian Am Matrikulasi, Jabatan Sastera dan Ikhtisas bersama JK Keselamatan Perlindungan KMPh bagi tujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman serta menarik minat pelajar tentang isu-isu keselamatan dan kedaulatan negara. Program ini juga dengan Kerjasama Majlis Keselamatan Negara Negeri Pahang yang menampilkan dua orang penceramah, daripada Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Negeri Pahang dan daripada Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia Negeri Pahang.
 
 
2.0 OBJEKTIF
 
Objektif  program ini adalah untuk:
2.1 Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman serta menarik minat pelajar tentang isu-isu keselamatan dan kedaulatan negara
2.2 Mengorentasikan semula pemikiran dan pengetahuan pelajar akan kepentingan keselamatan negara.

/*
*/