Program Cakna Flora Unit Biologi

       Kepelbagaian flora di KMPh ini boleh dijadikan sebagai wadah ilmu kepada para pelajar yang akhirnya akan membentuk ciri komuniti yang bersemangat (vibrant community) dalam pembelajaran seperti yang dinyatakan di dalam College of Distinction. Sehubungan dengan itu, bagi menjadikan KMPh sebagai College of Distinction, persekitaran di KMPh perlu dibentuk dengan suasana yang berilmu tidak kira masa dan tempat.

    Pengecaman nama pokok berdasarkan nama tempatan dan nama saintifik adalah salah satu cara yang boleh dijadikan medan pendidikan kepada pelajar di luar waktu pembelajaran. Projek Cakna Flora adalah bagi mengenalpasti nama pokok menggunakan kaedah penamaan Carl Linnaeus dimana nama tempatan dan nama saintifik pokok akan dilekatkan di atas papan dan dipakukan di batang pokok. Ini bertujuan bagi mendidik pelajar mempelajari kaedah penulisan nama saintifik dan kaeadah penyelidikan di luar waktu pembelajaran tanpa guru (non face to face).

        Projek Cakna Flora ini melibatkan pelajar yang terpilih sebagai peserta dan pensyarah Kanan Biologi sebagai pakar rujuk dan pensyarah Biologi sebagai pembimbing. Pelajar akan melakukan proses pengecaman pokok berkayu di sekitar KMPh dan melakukan penyelidikan bagi mendapatkan nama tempatan dan nama saintifik tumbuhan. Program ini dapat mendidik pelajar bagi konsep biodiversiti (Alam Plantae) dan seterusnya menceriakan lagi persekitaran KMPh sebagai persekitaran bermaklumat.

Objektif Projek Cakna Flora adalah:

 

1             Mendidik dan membimbing pelajar Modul I dan Modul III bagi topik kepelbagaian biodiversiti (Alam Plantae) di KMPh

2             Mendidik dan membimbing pelajar bagi menjalankan kajian saintifik dalam bidang biodiversiti.

3             Memupuk minat dan sifat menghargai dalam diri pelajar terhadap kepelbagaian biodiversiti di KMPh

4             Menceriakan dan menyalurkan maklumat dengan penamaan pokok berkayu KMPh

 

KEBANGGAAN KMPh

PENERIMA APC 2022

AKTIVITI KOLEJ

ARTIKEL POPULAR

Majlis Jamuan Jalinan Budaya 2024 KMPh

Majlis Jamuan Jalinan Budaya 2024 KMPh Kolej Matri [ ... ]

BENGKEL PELAPORAN PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITIES (PLC) 2024

BENGKEL PELAPORAN PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITIES [ ... ]

Majlis Jamuan Jalinan Budaya

MAJLIS JAMUAN JALINAN BUDAYA      [ ... ]

kadRaya2024

Physics un Carnival 2024

  Physics Fun Carnival 2024 KMPh ini dilaksanak [ ... ]

MINI SIMPOSIUM(PAL) 2023/2024

MINI SIMPOSIUM PEER-ASSISTED LEARNING (PAL)
KOLEJ MA [ ... ]

Artikel Lain

 


NOTIS SEBUT HARGA

Makluman Semasa

 ___________________________
 
 
______________________________
 
 
 

JK PERWAKILAN PELAJAR SESI 2023/2024

WACANA ILMU

LOKASI

Koordinat :

3.717621,103.0743347

Hubungi Kami

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/