Majlis Persaraan Pn.Choong Siew Yee

Unit Kimia sekali lagi telah mengadakan satu majlis bagi meraikan seorang lagi rakan sejawat yang akan bersara pada 18 Oktober 2019. Beliau merupakan diantara insan yang bergelar pensyarah kimia yang hebat kerana didikasi dalam tugasnya. Mula bertugas di Kolej Matrikulasi Pahang semenjak penubuhan kolej iaitu sekitar tahun 2003. 

Jasa beliau dalam memperkasakan unit kimia dan memartabatkan subjek kimia di kolej ini sangat kami hargai. Beliau juga mewakili kolej untuk unit kimia dalam memperkenalkan sistem OBE yang baru di kolej. Walaupun sistem baru itu diperkenalkan, namun atas ketekunan dan kebolehan beliau, kami cepat memahami dan melaksanakan sistem tersebut hingga kini dengan jayanya.

Majlis telah berlangsung di Hotel Grand Darul Makmur pada 4 Oktober 2019 dan dihadiri oleh semua ahli unit kimia serta turut dihadiri oleh Tn Pengarah, Timb Pengarah, Ketua Jabatan Sains dan bekas rakan kimia yang dahulu daripada unit peperiksaan. Majlis diserikan dengan beberapa acara yang telah diatur agar boleh menjadi kenang kenangan yang manis buat Pn Choong Siew Yee.

 Semoga berjumpa lagi dan selamat bersara Choong. Terima kasih atas segalanya....

 

powered by social2s