Lawatan JK MS ISO 9001:2015 KMKt di KMPh
 
 

20 September 2019, Jumaat-Kolej Matrikulasi Pahang telah menerima lawatan seramai 25 orang yang terdiri daripada Jawatankuasa Sistem Pengurusan Kualiti (JK SPK MS 9001: 2015) dari Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt). Hadir bersama Wakil Pengurusan Tertinggi JK SPK KMKt iaitu Tuan Timbalan Pengarah En. Khairudin bin Nozari.

KMPh dijadikan sebagai penanda aras bagi perkongsian serta perbincangan SPK MS ISO 9001:2015. Lawatan bertujuan dapat menjalinkan kerjasama dalam membantu memantapkan kefahaman dan keupayaan JK dalam MS ISO 9001:2015. Fasilitator daripada KMPh yang terdiri daripada Pengurus Kualiti, Setiausaha Kualiti, Pengurus Kualiti, Ketua Dokumentasi, Ketua Juru Audit, KK Perkhidmatan Pengurusan Pencapaian Akademik, KK Perkhidmatan Penilaian Peperiksaan dan KK Perkhidmatan Pengurusan Latihan Pembagunan Staf yang terlibat dalam perbincangan serta semakan pada dokumen SPK KMKt agar lebih mantap. Hadir bersama dalam aktiviti perkongsian adalah Pengurusan Tertinggi KMPh iaitu Tn Hj. Abd Rashid bin Mohd Ali dan En. Hasanuddin bin Yahaya serta PPU Pengurusan Akademik, En. Hamizi bin Taib. JK SPK KMPh juga merakamkan ribuan terima kasih kepada JK atau semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti perkongsian in.

 

powered by social2s