Karnival Biologi 2018

Program ini telah diadakan pada 13 dan 14 april 2018 di Dewan Mat Kilau, Dewan Kuliah dan bilik tutoran KMPh. Ia merupakan salah satu program Unit Biologi KMPh yang berasaskan pembelajaran dalam bentuk permainan dengan tujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar PST dan PDT dalam subjek Biologi dengan cara yang lebih menarik dan efisien. Antara program yang diadakan adalah merekacipta bahan/model Biologi, mengeja istilah-istilah Biologi, mencipta lagu berunsurkan Biologi dan lain-lain. Pelajar perlu menggunakan kreativiti mereka dalam setiap acara program dan seterusnya memperkuatkan konsep Biologi dalam diri mereka. Program ini juga menjadi “platform” bagi para pensyarah untuk membantu pelajar memantapkan konsep dalam subjek sains Biologi khususnya. Program ini dilaksanakan agar pencapaian akademik pelajar lebih cemerlang dalam PSPM II dan sebagai persiapan menghadapi peperiksaan serta memotivasikan pelajar.

Objektif program ini adalah bertujuan untuk:

            1      Meningkatkan kefahaman pelajar dalam subjek Biologi.

            2      Meningkatkan kreativiti pelajar dalam merekacipta bahan/model melalui aplikasi teori sains.

            3      Meningkatkan motivasi kendiri pelajar agar lebih berusaha untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik.

        

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/