Pada 17 November 2017, Unit Fizik telah mengadakan program Consultation By Chapter di Makmal Fizik Kompleks Sains KMPh. Program ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pukul 9.00 pagi dan berakhir pukul 12.00 tengahari. Ia berbentuk pertemuan antara para pensyarah Fizik dan pelajar-pelajar yang mengambil subjek Fizik. 

            Antara tujuan aktiviti ini diadakan ialah sebagai membantu pelajar mempersiapkan menghadapi PSPM I pada saat-saat terakhir. Selain itu, para pensyarah memberi tips-tips atau teknik-teknik penting untuk menjawab soalan fizik dengan baik. Ada juga pensyarah yang mengambil peluang ini untuk memberi motivasi dan kata-kata semangat. Sebilangan kecil pelajar dan pensyarah pula menggunakan detik yang ada ini untuk bermesra dan bergambar .

              Kami menggunakan 6 makmal Fizik yang mana seramai 3 atau 4 orang pensyarah akan berada di situ bagi menunggu kehadiran pelajar. Beberapa Chapter telah diagihkan pada setiap makmal yang mana pelajar boleh bertanya soalan atau mendapat penerangan bagi tajuk berkenaan. Diharapkan program ini memberi sedikit sebanyak impak positif kepada para pelajar. Good Luck.

     
     
/*
*/