PERUTUSAN PENGARAH

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Selamat Datang kepada pengunjung laman web Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh). Layarilah laman ini dengan semangat keterujaan yang tinggi kerana kami menyediakan laman web yang sarat dengan informasi.

Laman web KMPh kini semakin berinformasi dan mesra pengunjung terutama kepada pelanggan utama KMPh iaitu para pelajar yang bakal memburu kecemerlangan di kolej ini. Bukan itu sahaja, pelbagai pihak lain seperti guru, Ibubapa dan pemegang taruh yang lain sentiasa menjadikan laman web KMPh sebagai sumber rujukan untuk mendapatkan informasi seperti visi, misi, pengurusan organisasi, pengurusan pelajar, kemudahan pembelajaran dan pencapaian kolej.

Ramai yang telah mengetahui bahawa Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (PMKPM) merupakan satu program pra-universiti untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang. Program ini menjadi buruan pelajar kerana jika berjaya melepasi program ini dengan cemerlang, peluang adalah cerah untuk mengikuti pelbagai kursus berprestij seperti perubatan, pergigian, perakaunan dan kejuruteraan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta sama ada didalam dan luar negara. Untuk makluman, universiti di United Kingdom, Australia dan New Zealand bersedia menerima pelajar lepasan Program Matrikulasi KPM. Setiap tahun, hampir 30 pelajar lepasan Program Matrikulasi dihantar ke luar negara.

Justeru itu, Kolej Matrikulasi Pahang yang melaksanakan Program Matrikulasi KPM bersama-sama dengan kolej-kolej Matrikulasi KPM seluruh negara sentiasa berusaha melengkapkan institusi dengan pelbagai keperluan ke arah melahirkan pelajar cemerlang seperti tenaga pengajar yang kompeten, kemudahan pembelajaran terkini dan persekitaran kolej yang ceria.

Akhir kata, layarilah laman web KMPh sekerap yang boleh kerana diyakini informasi yang dipaparkan akan banyak membantu pelajar dan ibu bapa dalam membuat pertimbangan memilih KMPh sebagai destinasi menuntut ilmu.

Selamat melayari laman web KMPh.

Pn. Latiza binti A.Latif

Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang

 

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/