Lawatan Ke Aquaria Kuala Lumpur

Tarikh : 4 March 2017

Program Animalia Kingdom Tour ini merupakan satu-satunya aktiviti outdoor pada semester ini yang dianjurkan oleh unit Biologi dan diketuai oleh cik Nornadhirah Binti Mohd Rafi selaku penyelaras lawatan ini.Seramai 63 orang pelajar telah menyertai lawatan ini yang terdiri dari wakil pelajar dari kelas tutoran dalam modul I dan modul III. Delegasi lawatan ini bertolak dari KMPh pada jam 7 pagi dan sampai di Aquaria pada jam 10.30 pagi. Masa lawatan mengambil masa sehingga 6 jam sehingga jam 5 petang.
Objektif Program Animalia Kingdom Tour ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar jurusan Sains PST dan PDT (Modul I dan III) secara praktikal tentang biodiversiti dan ekosistem hidupan akuatik yang dipelajari secara teori di dalam pembelajaran. Diperingkat matrikulasi, Kingdom Animalia merupakan antara subtopik yang perlu dipelajari di dalam topik Biodiversity Biologi semester II (PST) dan III (PDT). Di dalam Kingdom Animalia ini, pelajar perlu mengenali 9 jenis phyla ,manakala 7 daripadanya adalah berkaitan dengan hidupan akuatik. Maka lawatan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka merasai pengalaman pembelajaran untuk memantapkan lagi pengetahuan mengenai biodiversiti dan ekosistem hidupan akuatik selain memberi pendedahan tentang peluang kerjaya di masa hadapan.
 
 

 

 

 

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/