BENGKEL KESELAMATAN TEMPAT KERJA JABATAN SAINS 2016
 Pada 23 April 2016 yang lalu, Jabatan Sains KMPh telah sekali lagi dapat menjayakan suatu bengkel keselamatan di tempat kerja yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Pahang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelaras program iaitu saudara Ahmad Rizal bin Nor Mohamad dan ahli jawatankuasa bengkel kerana terlaksananya program seumpama ini. Jutaan terima kasih kepada  Timbalan Pengarah dan Ketua Jabatan Sains yang sudi bersama-sama kami dalam program tersebut.
 Pendedahan kepada budaya menitik beratkan keselamatan diri dan orang lain perlu bagi mengelak sebarang kemalangan dan kecelakaan daripada terjadi. Bengkel tersebut bermula dengan penerangan ringkas serta taklimat utama kemudian demostrasi daripada pihak bomba serta cara cara mengunakan alatan memadam kebakaran. Para peserta juga berpeluang untuk sama-sama mengunakan alat pemadam api tersebut serta memastikan teknik-teknik penggunaan alatan tersebut dipatuhi.
 Setelah sesi bersama dengan pihak bomba tamat, acara seterusnya para peserta bengkel mendengar pula taklimat daripada wakil Persatuan Bulan sabit Merah. Banyak maklumat penting dan berguna telah dikongsikan pada majlis tersebut. Antaranya ,penerangan tentang langkah-langkah awal, teknik-teknik menyelamatkan mangsa dan perananan staf dan pensyarah untuk memastikan peralatan keselamatan lengkap disediakan di makmal sains khususnya. Maklumat pencegahan dan langkah-langkah keselamatan yang disampaikan ini sangat berguna dan amat perlu kepada staf dan pensyarah bagi mengelak daripada sebarang kecederaan dan kecelakaan daripada terjadi terhadap pelajar dan masyarakat. English Enrichment Activities 2018 POSTERS Depression001.jpeg Depression002.jpeg Depression003.jpeg Depression004.jpeg Depression005.jpeg Depression006.jpeg Depression007.jpeg Depression008.jpeg Depression009.jpeg Depression010.jpeg Depression012.jpeg Winner02.jpeg Winner03.jpeg Winner01.jpeg
 Â
Â
Â