BENGKEL PELAPORAN LESSON STUDY JABATAN SAINS 2016

 

Tahniah kepada penyelaras program Bengkel "Lesson Study", Pn Nor Aziah  Lazim kerana telah berjaya mengadakan program ini di Kolej Matrikulasi Pahang. Bengkel ini diadakan pada 5 hb Mac 2016 di dewan kuliah kecil 1, KMPh yang mana ia dihadiri oleh semua pensyarah dari jabatan sains. Sehubungan dengan itu seramai 11 kumpulan telah terpilih untuk membentangkan hasil lesson study kumpulan masing-masing. Ia terdiri daripada 5 kumpulan daripada unit kimia, 2 daripada unit fizik dan 4 kumpulan daripada unit biologi. Panel pengulas terdiri daripada Mdm Tor Siong Hoon, Pn Jamilah Akhbar dan Pn Norezah. Secara keseluruhannya program ini telah berjaya kerana ia dapat meningkatkan lagi pengetahuan sedia ada berkenaan ilmu berkenaan "lesson Study" pensyarah. Selain itu ia dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan diantara pensyarah unit dari jabatan sains serta dapat bertukar-tukar pengalaman mengajar dengan teknik mengajar yang lebih berkesan. Diharapkan program-program seumpama ini dapat diadakan lagi di masa akan datang.

Antara momen-momen yang sempat dirakam:

powered by social2s