Sistem Gred, Mata Nilaian & Purata Nilai Gred (PNG)

 

1. Keputusan akhir semua mata pelajaran  pengkhususan  dinyatakan dalam bentuk gred seperti yang

dinyatakan  dalam jadual. Gred C merupakan gred lulus minimum manakala gred C- dan ke bawah adalah gagal.

 Jadual Gred

GRED MATRIK JULAT MARKAH MATRIK MATA NILAIAN MATRIK TARAF
A 80-100 4.00 CEMERLANG
A- 75-79 3.67
B+ 70-74 3.33
B 65-69 3.00 KEPUJIAN
B- 60-64 2.67
C+ 55-59 2.33 LULUS
C 50-54 2.00
C- 45-49 1.67 GAGAL
D+ 40-44 1.33
D 35-39 1.00
F 0-34 0.00

 

 

2.  Gred keputusan  mata pelajaran  EnglishPendidikan Islam, Moral, Kemahiran Dinamika dan Kokurikulum adalah berdasarkan jadual berikut:

GRED MATRIK TARAF
A Cemerlang
B, C, D Kepujian
E Lulus
F Gagal

3. PNGS dan PNGK dikira berdasarkan gred yang diperoleh daripada semua mata pelajaran teras. Gred yang diperoleh diberikan mata nilaian seperti yang dinyatakan dalam jadual dan PNGS dan PNGK dikira mengikut kaedah berikut:

 

Mata  =  Unit kredit mata pelajaran x mata nilaian

 

PNGS  =  _____________ Jumlah mata_______________

  Jumlah unit kredit bagi semester yang berkenaan

 

PNGK =  __Jumlah mata keseluruhan__

  Jumlah unit kredit keseluruhan 

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/