GET THE SCORE

     Bengkel ‘Get The Score’ adalah satu  pendekatan yang digunakan sebagai langkah untuk  membantu pelajar bagi persediaan menghadapi Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM II) bagi pelajar Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT) Semester II dan PSPM IV bagi Program Dua Tahun (PDT) Semester IV.

 

 

 Bengkel ini telah selesai dilaksanakan dengan jayanya pada 4 April 2015. Seramai 30 orang pensyarah Unit Kimia KMPh telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Berdasarkan pemerhatian terhadap pelajar yang menghadirkan diri dalam program tersebut, sebilangan besar pelajar menyatakan bengkel ini banyak membantu mereka lebih-lebih lagi peperiksaan PSPM II akan berlangsung pada bulan ini.

Aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan  dalam bengkel ini adalah teknik memahami soalan, teknik menjawab soalan dan slot ulangkaji soalan PSPM. Bengkel ini juga akan memberikan motivasi kepada pelajar bagi meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi PSPM kelak. Melalui bengkel yang dilaksanakan, diharap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada pelajar dan membantu meningkatkan keputusan PSPM yang lebih cemerlang pada masa akan datang. 

 

 

 

 

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/