SEMINAR KESIHATAN JABATAN SAINS

Seminar Kesihatan Jabatan Sains adalah satu aktiviti anjuran Jabatan Sains yang menggabungkan ketiga-tiga unit iaitu Kimia, Biologi, Fizik dan makmal sains. Matlamat utama program ini adalah bertujuan bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Selain itu,  program ini juga dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan pensyarah Jabatan Sains dan juga antara staf makmal. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang Seminar Kesihatan ini adalah taklimat mengenai kesedaran pemakanan yang sihat untuk menjamin kehidupan yang sejahtera  dan sesi soal jawab mengenai kesihatan. Selain itu, seminar kesihatan ini juga menyediakan kaunter khas untuk semua pensyarah dan staf makmal untuk membuat pemeriksaan kesihatan diri dari segi tekanan darah, gula dan sebagainya.

 Seminar ini telah berjaya dilaksanakan pada 28 febuari 2015 yang lalu dan pengisian seminar yang telah disampaikan oleh penceramah Dr. Norhissam Bin Mustafa dari Sihat2u.com dapat memberi banyak pengetahuan dalam penjagaan kesihatan.

 

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/