KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS

 

                Pada 14 Jun 2014 yang lalu, Unit Fizik telah menganjurkan Kursus Asas Pertolongan Cemas. Kursus yang melibatkan semua ahli unit ini telah diadakan di Dewan Mini Oxford, Kolej Matrikulasi Pahang. Kursus ini bertujuan mendedahkan pensyarah kepada asas pertolongan cemas semasa perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Para penceramah terdiri daripada pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan iaitu Encik Muhamad Ruzini, Encik Azman  dan Encik Mahadi. Antara asas pertolongan cemas yang didedahkan dalam kursus ini adalah bagi kes pengsan, tercekik dan luka. Kursus satu hari ini sangat menarik minat dan perhatian para pensyarah Unit Fizik. Diharap para peserta dapat menggunakan pengetahuan yang dipelajari bagi mengatasi kes-kes kecemasan terutama semasa proses PdP.

Peserta mendengar dengan tekun penerangan yang disampaikan oleh penceramah.

 

Penceramah menggunakan model bagi menerangkan keadaan pesakit.

 

 Demonstrasi bagi membantu kes  tercekik.

 

 Demonstrasi membalut tangan yang patah.

 

 

 Keadaan dewan yang  kondusif untuk kursus yang diadakan.

 

Demonstrasi CPR.

 

Antara peserta yang mencuba pengetahuan yang telah dikongsikan semasa berkursus.

 

 Pembahagian cenderahati oleh Ketua Unit Fizik.

 

 

 

 

 

Apps@KMPh

/*
*/