1. Pinjaman buku hanya diberi kepada semua warga Kolej Matrikulasi Pahang sahaja.

  2. Pengguna hendaklah menggunakan kad matrik sendiri semasa membuat peminjaman buku/bahan.

  3. Pengguna hendaklah bertanggungjawab terhadap buku/bahan yang dipinjam.

  4. Setiap buku/bahan yang hilang dan rosak hendaklah dimaklumkan kepada kakitangan Pusat Sumber.

  5. Peminjam yang tidak menjelaskan denda tidak akan dibenarkan meminjam buku/bahan seterusnya.

  6. Buku/bahan yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada atau sebelum tarikh/masa yang ditetapkan bagi megelakkan denda.

  7. Sebarang pinjaman buku hendaklah direkodkan di kaunter pinjaman.

  8. Tempoh pinjaman buku/bahan Pusat Sumber bagi setiap kategori telah ditetapkan dan peraturan ini mesti dipatuhi setiap masa :

    -  Pelajar     – 3 naskah buku selama 2 minggu
    -  Pensyarah     – 5 naskah selama 4 bulan
    -  Kakitangan Sokongan – 3 naskah selama 2 minggu

  9. Pembaharuan pinjaman dibenarkan sekali sahaja selama 2 minggu untuk setiap judul buku yang dipinjam. Buku/bahan perlu dibawa ke kaunter pinjaman untuk dikemaskini.

 

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/