1. Pelajar mesti memakai dan mempamerkan kad pelajar di dalam Pusat Sumber. Pelajar tidak dibenarkan masuk jika tiada kad pelajar.

  2. Untuk menjaga kepentingan semua, pelajar dilarang berbual-bual dalam kawasan pusat Sumber melainkan bilik perbincangan.

  3. Merokok, makan dan minum adalah dilarang.

  4. Beg, payung, bungkusan dan sebagainya, tidak boleh dibawa masuk ke dalam Pusat Sumber. Tempat khas untuk menyimpan barang-barang tersebut ada berhampiran di pintu masuk. Pihak Pusat Sumber tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan barang-barang tersebut.

  5. Pelajar tidak dibenarkan menyusun atur perabot di Pusat Sumber.

  6. Pelajar dikehendaki membuang sampah ke dalam bakul sampah yang disediakan.

  7. Pelajar hendaklah meletakkan buku yang telah digunakan di atas troli selepas digunakan.

  8. Pelajar dilarang menyelerakkan buku di atas rak.

  9. Pelajar mesti berpakaian kuliah pada waktu pejabat. Pakaian lain tidak dibenarkan di dalam Pusat Sumber. Pelajar mestilah berpakaian formal dan kemas serta memakai kasut selepas jam 5.00 petang.

  10. Sebarang peralatan elektronik seperti radio, “walkman” dan mainan video tidak boleh dibawa masuk ke dalam Pusat Sumber.

  11. Pegawai bertugas berkuasa mengarahkan pelajar meninggalkan Pusat Sumber jika didapati mengangggu ketenteraman Pusat Sumber.

  12. Pelajar dikehendaki menunjukkan semua buku dan fail kepada pegawai bertugas di pintu keluar untuk pemeriksaaan.

  13. Makluman akan dibuat lima belas minit sebelum Pusat Sumber ditutup. Pelajar dikehendaki meninggalkan Pusat Sumber apabila mendengar makluman tersebut. Urusan pinjaman dan pemulangan buku tidak dibenarkan selepas makluman dibuat.

  14. Masa perkhidmatan Pusat Sumber boleh dipinda dari semasa ke semasa. Pengumuman akan diletakkan di papan kenyataan Pusat Sumber.

  15. Pustakawan boleh meminda peraturan-peraturan Pusat Sumber dari masa ke semasa jika perlu.
powered by social2s