PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR

SEMESTER 2 SESI 2013/14

BENGKEL "GET THE SCORE"

 


Menjelang Peperiksaan Semester Program Matrikulasi II (PSPM II) , Unit Kimia telah menganjurkan pelbagai program kecemerlangan yang bertujuan mempersiapkan pelajar-pelajar untuk menempuhi peperiksaan tersebut. Antara program yang telah diadakan adalah "Bengkel Get The Score". Bengkel ini telah berjaya dilaksanakan pada 22 Mac 2014 bagi kumpulan pelajar Modul 1 dan pada 29 Mac 2014 bagi kumpulan pelajar Modul 2 dan 3. Objektif bengkel ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang teknik menjawab soalan Kimia dengan betul berdasarkan contoh-contoh soalan peperiksaan sebenar dan pemarkahan yang sebenar.

Bengkel dimulakan dengan ceramah teknik menjawab yang disampaikan oleh penceramah yang juga merupakan pensyarah Kimia Kolej Matrikulasi Pahang diikuti dengan tugasan berkumpulan dan pembentangan. Para peserta telah menunjukkan kerjasama dan kesungguhan yang tinggi sepanjang program ini berlangsung. 

 

                                        para peserta tekun mendengar ilmu yang disampaikan

 

 

slot kedua: tugasan berkumpulan dan pembentangan oleh para peserta.

Apps@KMPh

/*
*/