AKTIVITI PELAJAR PERAKAUNAN

SEM 2 SESI 2013/2014 

PROGRAM "CATCH THAT A"

 

Selain daripada program kecemerlangan akademik yang dilaksanakan pada setiap hari Khamis malam bagi membantu meningkatkan akedemik pelajar satu program khas telah dijalankan iaitu "Catch That A". 

Program ini bertujuan membantu pelajar- pelajar untuk mencapai ETR dengan mengadakan sesi perbincangan topik- topik kritikal dan analisis soalan- soalan PSPM AA025

'Catch That A' adalah anjuran unit Perakaunan yang dikendalikan oleh En. Abd Hafiz bin Abd Rahman. Beliau merupakan pensyarah perakaunan yang berpengalam dan mempunyai teknik pengajaran yang berkesan.

 Seramai 328 orang pelajar terpilih untuk mengikuti program ini yang dijalankan pada 13 April 2014 selama 2 jam bermula 8.30 pagi da berakhir 11.30 pagi.

Diharap program ini dapat membantu pelajar menjawab soalan PSPM II dengan baik setelah diberi pendedahan tentang 'trend' soalan berserta teknik-teknik untuk menjawab soalan.

Di akhir program, Ketua Jabatan Sastera Iktisas iaitu En Muhamad Izham bin Zakaria menyampaikan cenderamata kepada tuan penceramah iaitu En Abd Hafiz bin Abd Rahman.

Showlist data is not configured

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/