LATAR BELAKANG KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) merupakan salah sebuah kolej matrikulasi di bawah kendalian Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM). Proses pembinaannya bermula dari bulan Febuari 1999 dan mula dibuka pada 1 Mac 2003. Kolej ini dibina di kawasan seluas 75 hektar dan terletak di lokasi yang strategik. Berhampiran dengan Pekan Gambang dan hanya 35 kilometer dari bandar Kuantan. Perjalanan ke kolej ini dipermudahkan dengan adanya lebuhraya Pantai  Timur.

 Pada 5 April 2003, Kolej Matrikulasi Pahang telah menerima seramai 1857 orang pelajar sulungnya yang mengikuti jurusan Sains Hayat, Sains Fizikal dan Perakaunan.  Kolej ini mempunyai kapasiti untuk seramai 3000 orang pelajar bagi satu sesi kemasukan. Peneraju Kecemerlangan adalah moto Kolej Matrikulasi  Pahang. Berlandaskan slogan ini KMPh ingin menjadi peneraju kecemerlangan dalam semua aspek sama ada dalam bidang akademik mahupun  kokurikulum.

 Teknik pembelajaran adalah di dalam bentuk kuliah, tutoran dan praktikal. Semua teknik ini diaplikasi bagi membantu menyediakan pelajar untuk ke institusi menara gading. Seiring dengan peningkatan teknologi zaman moden, Kolej Matrikulasi Pahang dilengkapi dengan pelbagai prasarana canggih. Semua kemudahan terkini yang disediakan adalah demi meningkatkan ilmu anak watan dan selaras dengan aspirasi negara yang ingin melahirkan generasi yang berpendidikan tinggi, berkemahiran dan bergelar profesional.

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/