AMALI SEMBELIHAN

Pada 14 Feb 2015 , Unit Pendidikan Islam telah melaksanakan program Amali Sembelihan. Program melibatkan pelajar dan kakitangan muslim. Antara Objektif Program ialah :

  1. Memberi pendedahan tentang cara sembelihan menurut Syari’at Islam.
  2. Memupuk semangat kerjasama di kalangan warga kolej.
  3. Memberi kesedaran tentang kepentingan makanan yang halal.
  4. Mengamalkan Syari’at Islam untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t..

 

  Album Aktiviti

  

  

  

  

 

 

 

KURSUS FARAID (PESAKA)

Pada 13 Sept 2014, Unit Pendidikan Islam telah melaksanakan Kursus Faraid. Kursus ini melibatkan 40 orang peserta di kalangan pensyarah dan kakitangan muslim. Antara objektif penganjuran kursus ini adalah untuk :

1.  Memberi pengetahuan dan maklumat tentang ilmu faraid,  

2.  Mempertingkat kemahiran dan kecekapan dalam mengira dan menfsirkan ilmu faraid 

3.  Meningkatkan keyakinan diri dan kesedaran terhadap penting ilmu faraid dalam masyarakat Islam

 

Album Aktiviti

  

  

 

 

PROGRAM TAHSIN SOLAT

Pada 16 Ogos 2014, Unit Pendidikan Islam telah melaksanakan Program Tahsin Solat. Program melibatkan pelajar dan kakitangan muslim. Antara objektif penganjuran kursus ini adalah untuk membimbing pelajar-pelajar berkaitan dengan amalan harian dalam agama Islam khususnya solat. Malah program tersebut juga dilaksanakan bagi membimbing mereka dalam pengisian solat secara lengkap samada melalui perbuatan bacaan, doa serta maksudnya.

 

Album Aktiviti

      

 

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Pada 16 Jun 2014, Unit Pendidikan Islam telah melaksanakan Kursus Pengurusan Jenazah. Program melibatkan pelajar dan kakitangan muslim. Antara Objektif Program ialah :

  1. Memupuk kesedaran kepada peserta kepentingan mengingati mati .

     2.  Mendedahkan teori dan amali pengurusan jenazah dalam Islam. 

  1. Menyedarkan  peserta kepentingan pengurusan jenazah yang sempurna dalam Islam.

 

Album Aktiviti

 

 

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/