Unit biologi kolej matrikulasi pahang merupakan salah satu dari tiga unit di bawah jabatan sains yang terdiri daripada 28 orang tenaga pengajar dan diterajui oleh seorang ketua unit iaitu Pn. Syarifah NurulA'in Balqis Syed Mohd. Secara keseluruhan, pensyarah unit biologi merupakan antara pensyarah yang berpengalaman dalam pelbagai bidang pengajaran dan pembelajaran untuk mempastikan kejayaan pelajar pada setiap sesi. Pelbagai program kecemerlangan dirancang pada setiap semester samada progam satu tahun mahupun program dua tahun dijalankan untuk menilai sejauh mana pengetahuan, kemahiran dan juga kreativiti pelajar bagi merealisasikan misi dan visi kolej iaitu untuk melahirkan pelajar cemerlang dan seterusnya dapat menyambung pengajian di peringkat ijazah di universiti tempatan ataupun luar negara.

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/