SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KMPh TAHUN 2019

 

                Satu seminar penyelidikan yang bertajuk “Seminar Penyelidikan Pendidikan KMPh Tahun 2019” telah berlangsung di Kolej Matrikulasi Pahang melibatkan Bilik Mesyuarat Utama, Bilik Mesyuarat Eksekutif dan Dewan Mini Oxford. Dengan bertemakan “ Pentaksiran Berintegriti Melonjakkan Pencapaian Pelajar”, seminar tersebut telah diadakan pada 24 Mei 2019 dari 8.00 pagi hingga 4.45 petang. Seramai 39 orang pembentang kertas kajian dari semua unit akademik telah membentangkan kertas penyelidikan masing-masing merangkumi jenis kajian tindakan dan kajian asas di slot 1.

                Seramai 3 penilai luar dari Kolej Matrikulasi Selangor iaitu Dr. Aszunarni binti Ayob, Dr. Sumathi A/P Subramaniam dan Puan Siti Rohaida binti Hashim dilantik sebagai penilai manakala 2 orang penilai dari Kolej Matrikulasi Pahang dilantik iaitu Puan Asmawati binti Mohd Ali dan Puan Nor Ezah binti Jamaludin bagi melicinkan lagi proses penilaian kertas penyelidikan.

                Antara objektif program ialah:

i)             Meningkatkan kemahiran serta pengetahuan para pensyarah dalam pelaksanaan kajian penyelidikan.

ii)            Memupuk budaya ilmu melalui perkongsian pengalaman serta amalan penyelidikan dalam kalangan pensyarah pelbagai unit.

iii)           menambahbaik serta menilai kembali kertas penyelidikan yang dihasilkan agar ia berada pada landasan yang betul.

iv)           Mempertingkatkan kualiti penghasilan kajian penyelidikan berasaskan rubrik BMKPM.

 

 

                Majlis penyampaian sijil dan cenderahati kepada penilai telah disempurnakan oleh timbalan pengarah Kolej Matrikulasi Pahang Tuan Hasanuddin bin Yahaya yang berlangsung di akhir slot 2. Selepas rehat dan solat jumaat para peserta berkumpul di slot 3 di mana wakil penilai telah membentangkan dapatan daripada penilaian secara keseluruhan. Selesai itu, acara diteruskan dengan majlis perasmian penutupan oleh pengarah Kolej Matrikulasi Pahang iaitu Tuan Haji Abd Rashid bin Mohd Ali.

                Diharapkan semoga dengan adanya seminar seperti ini bidang penyelidikan di Kolej Matrikulasi Pahang akan terus berkembang dan mencapai tahap yang membanggakan dengan penglibatan aktif para pengkaji di kalangan pensyarah dan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan akademik di kalangan pelajar di Kolej Matrikulasi Pahang khususnya dan di Bahagian Matrikulasi secara umumnya.

 

 

IKUTI KAMI JUGA DI

/*
*/