|

1.
PEROLEHAN BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN
1.1 Urusan
perolehan dilakukan oleh Pegawai Eksekutif Kanan (PEK) dan dibantu
oleh unit perolehan / Jawatankuasa Perolehan Kolej Matrikulasi
Pahang.
1.2 Kolej
Matrikulasi Pahang menyediakan spesifikasi tugas dan kontrak bagi
perkhidmatan kawalan keselamatan berdasarkan garis panduan daripada
Bahagian Matrikulasi KPM dan kemudian menghantarkannya kembali ke
Bahagian Matrikulasi, KPM.
1.3 Bahagian
Matrikulasi KPM menguruskan tender bagi perolehan perkhidmatan
kawalan keselamatan (berserta dengan kolej-kolej matrikulasi yang
lain) bagi sesuatu tempoh kontrak yang ditetapkan, contohnya tiga
tahun dan menguruskan tawaran kontrak bagi syarikat yang berjaya.
1.4 Dalam
menguruskan tender dan sebut harga bagi perolehan perkhidmatan,
bekalan dan kerja, Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 1999,
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2001 dan Arahan
Perbendaharaan 170.3 hendaklah dipatuhi.
1.5 Syarikat yang
layak menyertai tender perkhidmatan kawalan keselamatan di
Kolej Matrikulasi Pahang hendaklah bertaraf bumiputera, berdaftar
dengan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, berdaftar dengan
Kementerian Kewangan Malaysia dan sijil pendaftaran berkenaan masih
sah laku sehingga tarikh atau selepas tarikh tempoh kontrak.
1.6 Surat
perjanjian yang disebut sebgai kontrak kerajaan disediakan oleh
Bahagian Matrikulasi KPM dan ditandatangani oleh Pengarah Bahagian
Matrikulasi, KPM sebagai mewakili kerajaan dan oleh pihak syarikat
bagi setiap perkhidmatan.
1.7 Pemberian
kuasa menandatangani kontrak kerajaan kepada ketua jabatan dan ketua
pejabat oleh Menteri Pelajaran adalah sejajar dengan Jadual (Seksyen
9) Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Pemberian Kuasa Di Bawah Seksyen 2).
1.8 Had nilai
kontrak kerajaan yang boleh ditandatangani oleh Pengarah Bahagian
Matrikulasi, KPM mengikut pemberian kuasa tersebut ialah sehingga
RM2,500,000.00 bagi kontrak bekalan dan perkhidmatan. Rujuk surat
Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pembangunan, Penswastaan
Dan Bekalan bilangan KP 109102/14/012(55) bertarikh 8 Julai 2002 (LAMPIRAN
A).
1.9 Bahagian
Matrikulasi, KPM memastikan bon pelaksanaan dibuat dan dipatuhi oleh
kontraktor.
1.10
Kontrak kerajaan hendaklah dimatikan dengan setem hasil dan tugas
ini dilakukan oleh Bahagian Matrikulasi KPM.
1.11
Satu salinan kontrak kerajaan yang telah ditangani dan dimatikan
dengan stem hasil hendaklah dihantar oleh Kolej Matrikulasi Pahang
kepada Jabatan Akauntan Negara Pahang.
1.12 Bahagian Matrikulasi KPM hendaklah menghantar senarai maklumat
kontraktor yang mendapat kontrak kerajaan tersebut kepada
Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
1.13 Kolej
Matrikulasi Pahang membayar syarikat yang memberi perkhidmatan
kawalan
keselamatan
setiap bulan mengikut amaun yang tertera dalam kontrak dan selepas
berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat
berkenaan bagi bulan terbabit.
2.
PEROLEHAN BAGI PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN
2.1 Urusan
perolehan dilakukan oleh Pegawai Eksekutif Kanan (PEK) dan dibantu
oleh unit perolehan / Jawatankuasa Perolehan Kolej Matrikulasi
Pahang.
2.2 Kolej
Matrikulasi Pahang menyediakan spesifikasi tugas dan kontrak bagi
perkhidmatan pembersihan bangunan berdasarkan garis panduan daripada
Bahagian Matrikulasi KPM dan kemudian menghantarnya kembali ke
Bahagian Matrikulasi KPM.
2.3 Bahagian
Matrikulasi KPM menguruskan tender bagi perolehan perkhidmatan
pembersihan bangunan (beserta dengan kolej-kolej matrikulasi yang
lain) bagi sesuatu tempoh kontrak yang ditetapkan, contohnya tiga
tahun, dan menguruskan tawaran kontrak bagi syarikat yang berjaya.
2.4 Dalam
menguruskan tender dan sebut harga bagi perolehan perkhidmatan,
bekalan dan kerja, Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 1999,
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2001 dan Arahan
Perbendaharaan 170.3 hendaklah dipatuhi.
2.5 Syarikat yang
layak menyertai tender perkhidmatan pembersihan bangunan hendaklah
bertaraf bumiputera, berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia
dalam bidang yang berkaitan dan sijil berkenaan masih sah laku
sehingga tarikh atau selepas tarikh tempoh kontrak.
2.6 Surat
perjanjian yang disebut sebagai kontrak kerajaan disediakan oleh
Bahagian Matrikulasi, KPM dan ditandantangani oleh Pengarah Bahagian
Matrikulasi KPM sebagai mewakili kerajaan dan oleh pihak syarikat
bagi setiap perkhidmatan.
2.7 Pemberian
kuasa menandatangani kontrak kerajaan kepada ketua jabatan dan ketua
pejabat oleh Menteri Pelajaran adalah sejajar dengan Jadual (Seksyen
9), Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Pemberian Kuasa Di bawah Seksyen 2).
2.8 Had nilai
kontrak kerajaan yang boleh ditandatangani oleh Pengarah Bahagian
Matrikulasi KPM mengikut pemberian kuasa tersebut ialah sehingga
RM2,500,000.00 bagi kontrak bekalan dan perkhidmatan. Rujuk surat
Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pembangunan, Penswastaan
Dan Bekalan, bilangan KP 10102/14/012(55) bertarikh 8 Julai 2002 (LAMPIRAN
A).
2.9 Bahagian
Matrikulasi KPM memastikan bon pelaksanaan dibuat dan dipatuhi oleh
kontraktor.
2.10 Kontrak
kerajaan hendaklah dimatikan dengan stem hasil dan tugas ini
dilakukan oleh Bahagian Matrikulasi KPM.
2.11 Satu salinan
kontrak kerajaan yang telah ditangani dan dimatikan dengan stem
hasil hendaklah dihantar oleh Kolej Matrikulasi Pahang kepada
Jabatan Akauntan Negara Pahang.
2.12 Bahagian
Matrikulasi KPM hendaklah menghatar senarai maklumat kontraktor yang
mendapat kontrak kerajaan tersebut kepada Kementerian Kewangan dan
Lembaga Hasil Dalam Negeri.
2.13 Kolej
Matrikulasi Pahang membayar syarikat yang memberi perkhidmatan
kawalan
keselamatan setiap bulan mengikut amaun yang tertera dalam kontrak
dan selepas berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah diberikan
syarikat berkenaan bagi bulan tertabit.
3.
PEROLEHAN BAGI PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN KAWASAN
3.1 Urusan
perolehan dilakukan oleh Pegawai Eksekutif Kanan (PEK) dan dibantu
oleh unit perolehan / jawatankuasa perolehan Kolej Matrikulasi
Pahang.
3.2 Kolej
Matrikulasi Pahang menyediakan spesifikasi tugas dan kontrak bagi
perkhidmatan pembersihan kawasan berdasarkan garis panduan daripada
Bahagian Matrikulasi KPM dan kemudian menghantarkannya kembali ke
Bahagian Matrikulasi, KPM.
3.3 Bahagian
Matrikulasi KPM menguruskan tender bagi perolehan perkhidmatan
pembersihan kawasan (berserta dengan kolej-kolej matrikulasi yang
lain) bagi sesuatu tempoh kontrak yang ditetapkan, contohnya tiga
tahun, dan menguruskan tawaran kontrak bagi syarikat yang berjaya.
3.4 Dalam
menguruskan tender dan sebut harga bagi perolehan perkhidmatan,
bekalan dan kerja, Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun
1999, Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2001, dan Arahan
Perbendaharaan 170.3 hendaklah dipatuhui.
3.5 Syarikat yang
layak menyertai perkhidmatan pembersihan kawasan mestilah
bertaraf
bumiputera, berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam
bidang yang berkaitan dan sijil pendaftaran berkenaan masih sah laku
sehingga tarikh atau selepas tarikh tamat temph kontrak.
3.6 Surat
perjanjian yang disebut sebagai kontrak kerajaan disediakan oleh
Bahgian Matrikulasi, KPM dan ditandatangani oleh Pengarah Bahagian
Matrikulasi, KPM sebagai mewakili kerajaan dan oleh pihak syarikat
bagi setiap perkhidmatan.
3.7 Pemberian
kuasa menandatangani kontrak keranaan kepada ketua jabatan dan ketua
pejabat oleh Menteri Pelajaran adalah sejajar dengan Jadual (Seksyen
9), Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Pemberian Kuasa di Bawah Seksyen 2).
3.8 Had nilai
kontrak kerajaan yang boleh ditandatangani oleh Pengarah Bahagian
Matrikulasi, KPM mengikut pemberian kuasa tersebut ialah sehingga
RM2,500,000.00 bagi kontrak bekalan dan perkhidmatan. Rujuk surat
Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pembangunan, Penswastan
Dan Bekalan bilangan KP 10102/14/012(55) bertarikh 8 Julai 2002 (LAMPIRAN
A).
3.9 Bahagian
Matrikulasi KPM memastikan bon pelaksanaan dibuat dan dipatuhi oleh
pihak kontraktor.
3.10 Kontrak
kerajaan hendaklah dimatikan dengan setem hasil dan tugas ini
dilakukan
oleh Bahagian Matrikulasi, KPM.
3.11 Satu salinan
kontrak kerajaan yang telah ditandatangani dan dimatikan dengan
setem
hasil hendaklah dihantar oleh Kolej Matrikulasi Pahang kepada
Jabatan Akauntan Negara Pahang.
3.12 Bahagian
Matrikulasi KPM hendaklah menghantar senarai maklumat kontraktor
yang mendapat kontrak kerajaan tersebut kepada Kementerian Kewangan
dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
3.13 Kolej
Matrikulasi Pahang membayar syarikat yang memberi perkhidmatan
kawalan keselamatan setiap bulan mengikut amaun yang tertera dalam
kontrak dan setelah berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan
oleh syarikat berkenaan bagi bulan yang terbabit.
4.
PEROLEHAN BAGI PERKHIDMATAN KAFETARIA SECARA SEWAAN
4.1 Urusan
perolehan dilakukan oleh Pegawai Eksekutif Kanan (PEK) dan dibantu
oleh
unit perolehan / Jawatankuasa Sebutharga Kolej Matrikulasi
Pahang.
4.2 Unit
perolehan Kolej Matrikulasi Pahang menyediakan semua spesifikasi
tugas dan
kontrak perkhidmatan kafetaria secara sewaan berdasarkan
garis panduan daripada Bahagian Matrikulasi, KPM.
4.3 Kolej
Matrikulasi Pahang mempelawa sebut harga mengikut proses dan
prosedur sebut
harga yang betul.
4.4 Kontraktor
yang layak menyertai sebut harga adalah syarikat bertaraf bumiputera
yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang
yang berkaitan, mempunyai sijil pendaftaran berkenaan yang masih sah
laku sehingga atau selepas tarikh tamat tempoh kontrak. Keutamaan
diberi kepada syarikat daripada daerah yang sama. Pemilikan lesen
berniaga kantin atau kafetaria yang dikeluarkan oleh majlis tempatan
merupakan satu kelebihan.
4.5 Urusan
pengendalian sebut harga seterusnya dibuat oleh Jawatankuasa Pembuka
Sebut
Harga KMPh, kemudian dinilai dan dikaji oleh Jawatankuasa
Teknikal/Penilaian Sebut Harga KMPh yang membuat syor untuk tindakan
Jawatankuasa Pemutus Sebut Harga KMPh.
4.6 Pemutusan dan
penawaran kontrak kepada syarikat yang layak dibuat oleh
Jawatankuasa Pemutus Sebut Harga KMPh secara sebulan suara.
4.7 Dalam
menguruskan proses sebut harga bagi perolehan perkhidmatan, barang
dan kerja,
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 1999,
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2001 dan Arahan
Perbendaharaan 170.3 mestilah dipatuhi.
4.8 Dokumen
kontrak kerajaan disediakan oleh Kolej Matrikulasi Pahang dan
ditandatangani
oleh Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang sebagai
mewakili kerajaan dan oleh pihak syarikat.
4.9 Pemberian
kuasa menandatangani kontrak kerajaan kepada ketua jabatan dan ketua
pejabat oleh Menteri Pelajaran adalah sejajar dengan Jadual (Seksyen
9) Akta Kontrak Kerajaan, 1949 (Pemberian Kuasa Di Bawah Seksyen 2).
4.10 Had nilai
kontrak kerajaan yang boleh ditandatangani oleh Pengarah Kolej
Matrikulasi Pahang mengikut pemberian kuasa tersebut ialah sehingga
RM200,000.00 bagi kontrak bekalan dan perkhidmatan. Rujuk surat
Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pembangunan, Penswastaan
Dan Bekalan bilangan KP 10102/14/012(55) bertarikh 8 Julai 2002
(LAMPIRAN A).
4.11 Kolej
Matrikulasi Pahang memastikan bon pelaksanaan dibuat dan dipatuhi
oleh
pihak kontraktor.
4.12 Kontrak
kerajaan hendaklah dimatikan dengan setem hasil dan tugas ini
dilakukan oleh
Kolej Matrikulasi Pahang.
4.13 Satu salinan
kontrak kerajaan yang telah ditangani dan dimatikan dengan setem
hasil hendaklah dihantar oleh Kolej Matrikulasi Pahang kepada
Jabatan Akauntan Negara Pahang.
4.14 Kolej
Matrikulasi Pahang hendaklah menghantar senarai maklumat kontraktor
yang
mendapat kontrak kerajaan kepada Kementerian Kewangan dan
Lembaga Hasil Dalam Negeri.
4.15 Kolej
Matrikulasi Pahang hendaklah mengutip sewaan bulanan daripada
pengusaha
kafetaria senbelum 10 haribulan berikutnya.
5.
PEROLEHAN PERKHIDMATAN PENCERAMAH, PENSYARAH ATAU SYARIKAT
DARI LUAR UNTUK KURSUS DAN LATIHAN
5.1 Urusan
perolehan dibuat oleh Ketua Jabatan atau Ketua Unit dengan bantuan
PEK.
5.2 Surat
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 19 Tahun 2002 : Tatacara Perolehan
Perkhidmatan Pengendalian Kursus dan Latihan mestilah dipatuhi.
5.3 Arahan
Perbendaharaan 185.2 menetapkan perkhidmatan pengendalian kursus dan
latihan adalah perkhidmatan bukan perunding.
5.4 Perolehan
kursus dan latihan hendaklah diuruskan mengikut AP 190 (a) iaitu
secara pembelian terus / sebut harga / tender/ mengikut nilai
perolehan berkenaan.
5.5 Memberi
keutamaan kepada kepakaran yang sedia ada di kalangan anggota
perkhidmatan
awam atau agensi kerajaan atau institusi yang diiktiraf
oleh kerajaan.
5.6 Pelawaan
untuk mendapatkan perkhidmatan penceramah kursus hendaklah
menyatakan
dengan jelas skop perkhidmatan, bidang kepakaran,
bilangan peserta dan lain-lain butiran yang perlu.
5.7 Perolehan
perkhidmatan kursus / latihan secara pakej hendaklah dibuat daripada
firma
atau badan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan
Malaysia.
5.8 Bayaran
kepada penceramah / pensyarah adalah berasaskan kelayakan akademik
seperti berikut : Diploma / Sijil – RM 100 sejam, Sarjana Muda – RM
200 sejam, Sarjana – RM 300 sejam, Ph.D – RM 400 sejam. Bayaran
dibuat berdasaerkan borang tuntutan penceramahdan diuruskan oleh
Unit Akaun. Adalah menjadi tanggungjawab penganjur kursus untuk
memastikan borang tuntutan penceramah adalah lengkap, betul dan
disertakan dengan dokumen sokongan sebelum dihantar ke unit akaun
KMPh.
5.9 Kadar bayaran
sagu hati kepada pensyarah / penceramah sambilan seperti dalam
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 1995 dan pindaan dalam Surat
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 1 Tahun 1996 hendaklah dijadikan
panduan.
6.
PEROLEHAN PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN OLEH HOTEL DAN RESORT SECARA
PAKEJ DAN TIDAK BERPAKEJ
6.1 Urusan
perolehan dibuat oleh Ketua Jabatan / Ketua Unit dengan bantuan PEK.
Kertas kerja yang lengkap hendklah disediakan oleh Ketua Jabatan /
Ketua Unit untuk kelulusan Pengarah.
6.2 Bagi
perolehan perkhidmatan secara pakej, setelah menerima kertas kerja
yang diluluskan oleh Pengarah, unit perlolehan Kolej Matrikulasi
Pahang mestilah menyediakan butiran lengkap tentang pakej program
atau aktivti yang dilaksanakan dan memohon kelulusan pakej tersebut
daripada Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
6.2 Hotel atau
resort yang dipilih memberi perkhidmatan pakej hendaklah hotel atau
resort yang ada dalam senarai pendaftaran dengan Kementerian
Pelajaran dan dalam zon kolej yang dibenarkan oleh Bahagian
Matrikulasi, KPM.
6.3 Perolehan
pakej boleh dilakukan secara rundingan terus / sebut harga /
bergantung pada nilai pakej.
6.4 Kadar pakej
hendaklah selari dengan kategori dan kelayakan para peserta dan
penceramah yang terlibat.
6.5 Surat
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 19 Tahun 2002, Surat Pekeliling
Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 1999, Surat Pekeliling
Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2001, Arahan Perbendaharaan 1703.
dan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 6 Tahun 1997 keluaran Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2005
hendaklah diberi perhatian apabila membuat perolehan secara pakej
daripada hotel dan resort.
6.6 Bagi
perolehan perkhidmatan sewa hotel bagi para pelajar, kadar
sewa hotel yang termaktub dalam surat daripada Kementerian Kewangan
Malaysia bilangan KK//BP /12/547/1 Jld 5(36) bertarikh 22 November
1999 hendaklah dipatuhi.
6.7 Kakitangan
kerajaan tidak boleh menggunakan pesanan kerajaan bagi perkhidmatan
penginapan individu di hotel atau resort. (Rujuk surat Pekeliling
Kewangan Bil. 4 Tahun 1997 bertarikh 28 Februari 1997 keluaran
Kementerian Pendidikan Malaysia). Bagi aktiviti berpakej, pesanan
kerajaan disediakan / dikeluarkan oleh pihak kolej.
7.
PEROLEHAN PERKHIDMATAN DARIPADA KLINIK DAN HOSPITAL KERAJAAN
DAN SWASTA
7.1 Bagi pelajar
urusan perolehan dibuat oleh Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar
(PP/HEP) atau oleh felo dengan bantuan PEK.
7.2 Bagi kes
pelajar sakit, semua pihak yang terlibat mestilah mematuhi
Prosedur Perkhidmatan Pelajar Sakit yang disediakan oleh Unit
HEP KMPh.
7.3 Bagi staf,
individu berkenaan hendaklah mendapat surat pengesahan daripada
kolej
untuk dibawa ke klinik atau hospital kerajaan. Diperbaharui
setiap enam bulan.
7.4 Staf dan
pelajar Kolej Matrikulasi Pahang hendaklah pergi ke klinik atau
hospital kerajaan untuk mendapat rawatan.
7.5 Kecuali
terdesak dan benar-benar perlu, staf dan pelajar Kolej Matrikulasi
Pahang tidak digalak mendapat rawatan di klinik / hospital swasta.
7.6 Perolehan
perkhidmatan rawatan pakar dan rawatan khas serta perkhidmatan wad
hospital kerajaan dan swasta boleh dibuat secara terus oleh pihak
kolej untuk pelajar dan staf secara berbayar menggunakan pesanan
kerajaan berpandukan surat pekeliling perbendaharaan, surat
pekeliling perkhidmatan dan surat siaran Jabatan Perkhidmatan Awam
yang berkuatkuasa pada masa sekarang contohnya surat siaran daripada
Jabatan Perkhidmatan Awam rjukan PERJ 7751/15A-31 Klt. 11 (SV19)
bertarikh 18 Mei 2004 : Permohonan Bayaran Perbelanjaan Hemodialisis
Secara Pesanan Kerajaan, dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4
Tahun 2001 berkaitan dengan kemudahan perubatan kepada pegawai
Perkhidmatan Awam.
8.
PEROLEHAN PERKHIDMATAN BEKALAN AIR DARIPADA JABATAN BEKALAN AIR
PAHANG
8.1 Urusan
perolehan dibuat oleh PEK.
8.2 Perolehan dibuat secara daftar terus, automatik dan tetap.
8.3 Perolehan
perkhidmatan dibayar melalui sistem bayaran pukal.
9.
PEROLEHAN PERKHIDMATAN BEKALAN ELEKTRIK DARIPADA TENAGA
NASIONAL
9.1 Urusan
perolehan dibuat oleh PEK.
9.2 Perolehan
dibuat secara daftar terus, automatik dan tetap.
9.3 Perolehan
perkhidmatan dibayar melalui sistem bayaran pukal.
10.
PEROLEHAN PERKHIDMATAN INSURANS TAKAFUL
10. 1 Perolehan awal dari segi pemilihan Syarikat Takaful
Malaysia ditentukan oleh
Bahagian Matrikulasi, KPM dan
perjanjian kontrak dibuat oleh Bahagian Matrikulasi KPM
dengan syarikat berkenaan.
10.2 Penolong Pengarah (HEP) dengan bantuan Penolong Akauntan membuat
pembayaran premium di peringkat kolej dengan menyediakan dokumen
berkaitan.
10.3 Premium yang dibayar oleh setiap orang pelajar kolej ialah RM15.00
seorang untuk
tempoh perlindungan satu sesi. Peruntukan daripad
tabung amanah KMPh digunakan untuk membayar premium insurans takaful
pelajar KMPh.
10.4 Penghantaran kutipan bayaran dihantar oleh pihak kolej ke cawangan
syarikat takaful yang berdekatan.
1.
KAWALAN BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN
1.1 Pihak yang
mengawal di peringkat kolej ialah Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar
dengan bantuan Jawatankuasa Kawalan Keselamatan KMPh dan PEK. Ketua
Jabatan Pengurusan Pelajar adalah pengerusi Jawatankuasa berkenaan.
1.2 Aspek kawalan
meliputi aktiviti (i) pemantauan terhadap rondaan yang dibuat oleh
pekerja syarikat, (ii) pemeriksaan dan pengesahan terhadap rekod
rondaan, (iii) kehadiran bertugas pengawal keselamatan, (iv) sistem
pemeriksaan dan kawalan pelawat di pintu masuk dan (v)penilaian
prestasi perkhidmatan kawalan keselamatan.
1.3 Pemantauan
terhadap rondaan dan pemeriksaan rekod rondaan hendaklah dibuat
seminggu sekali dan disahkan secara cop oleh mana-mana ahli
Jawatankuasa yang bertugas.
1.4 Penilaian
prestasi terhadap perkhidmatan kawalan keselamatan hendaklah dibuat
dua kali setiap semester.
1.5 Surat-surat
atau maklumat dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Jabatan
Pengurusan Pelajar / Jawatankuasa Kawalan Keselamatan KMPh sama ada
untuk makluman, tindakan lanjut atau peringatan.
1.6 Ketua Jabatan
Pengurusan Pelajar juga bertanggungjawab memberi taklimat atau
bermesyuarat dengan para pengawal keselamatan dan agensi kawalan
yang terlibat apabila perlu.
1.7 Memberi
laporan kepada pihak pengurusan kolej apabila diperlukan.
1.8 Wajib bagi
Jawatankuasa Kawalan Keselamatan KMPh meneliti dan memahami butiran
kontrak.
2.
KAWALAN TERHADAP PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN
2.1 Pihak yang
mengawal di peringkat kolej ialah Ketua Jabatan Matematik dengan
bantuan Jawatankuasa Kebersihan Bangunan KMPh dan PEK. Ketua
jabatan Matematik menjadi pengerusi jawatankuasa berkenaan.
2.2 Aspek kawalan
meliputi aktiviti (i) pemeriksaan bangunan untuk melihat tahab
kebersihan beserta rekod pembersihan harian yang dibuat oleh
pekerja (tidak termasuk rumah kediaman); (ii) pemeriksaan untuk
melihat tahab kebersihan tandas beserta rekod pembersihan harian
yang dibuat oleh pekerja, (iii) pemeriksaan untuk melihat tahab
kebersihan longkang di sekeliling bangunan dan (iv) membuat
penilaian prestasi terhadap perkhidmatan pembersihan bangunan.
2.3 Pemeriksaan
terhadap tahab kebersihan bangunan, tandas dan longkang di
sekeliling bangunan hendaklah dibuat sekali seminggu.
2.4 Penilaian
prestasi terhadap perkhidmatan pembersihan bangunan hendaklah dibuat
dua kali setiap semester.
2.5 Surat-surat
atau maklumat hendaklah dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Ketua
Jabatan Matematik /Jawatankuasa Kebersihan Bangunan kepada pekerja
atau syarikat pembersihan sama ada untuk makluman, tindakan lanjut
atau peringatan.
2.6 Ketua Jabatan
Matematik juga bertanggungjawab memberi taklimat atau bermesyuarat
dengan para pekerja pembersihan syarikat yang terlibat apabila
perlu.
2.7 Memberi
laporan kepada pihak pengurusan kolej apabila diperlukan.
2.8 Wajib bagi
Jawatankuasa Kebersihan Bangunan KMPh meneliti dan memahami butiran
kontrak.
3. KAWALAN
TERHADAP PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN KAWASAN
3.1 Pihak yang
mengawal di peringkat kolej ialah Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas
dengan bantuan Jawatankuasa Kebersihan Kawasan KMPh dan PEK. Ketua
Jabatan Sastera Ikhtisas adalah pengerusi jawatankuasa berkenaan.
3.2 Aspek kawalan
meliputi aktiviti (i) pemeriksaan keseluruhan kawasan kolej untuk
memantau tahap kebersihan kawasan, termasuk longkang, (ii)
pembuangan sampah, (iii) pemotongan rumput, (iv) pemeliharaan dan
pemuliharaan tanaman bunga dan lanskap khusus seperti kolam dan
lain-lain, dan (v) membuat penilaian prestasi terhadap perkhidmatan
pembersihan.
3.3 Pemeriksaan
tahap kebersihan kawasan hendaklah dibuat seminggu sekali dan
rekod
pemeriksaan hendaklah disimpan.
3.4 Penilaian
prestasi terhadap perkhidmatan pembersihan kawasan hendaklah dibuat
dua kali setiap semester.
3.5 Surat-surat
atau maklumat hendaklah dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Ketua
Jabatan Sastera Ikhtisas dan Jawatankuasa Kebersihan Kawasan KMPh
kepada pekerja atau syarikat pembersihan sama ada untuk makluman,
tindakan lanjut atau peringatan.
3.6 Ketua Jabatan
Sastera Ikhtisas juga bertanggungjawab memberi taklimat atau
bermesyuarat dengan para pekerja pembersihan dan syarikat yang
terlibat apabila perlu.
3.7 Memberi
laporan kepada pihak pengurusan kolej apabila diperlukan.
3.8 Wajib bagi
Jawatankuasa Kebersihan Kawasan KMPh meneliti dan memahami butiran
kontrak.
4. KAWALAN
TERHADAP PERKHIDMATAN KAFETARIA SECARA SEWAAN
4.1 Pihak yang
mengawal di peringkat kolej ialah Ketua Jabatan Sains dengan bantuan
Jawatankuasa Kafetaria KMPh dan PEK. Ketua Jabatan Sains adalah
pengerusi jawatankuasa berkenaan.
4.2 Aspek kawalan
meliputi aktiviti (i) pemeriksaan kebersihan premis dan kerusi meja,
(ii) kebersihan perkakasan memasak, (iii) kebersihan dan rekod
kesihatan pekerja, (iv) pemeriksaan kebersihan dan mutu / rasa
masakan / hidangan, (v) kesesuaian menu dan tanda harga dan (vi)
membuat penilaian prestasi terhadap perkhidmatan yang diberi.
4.3 Pemeriksaan
terhadap kebersihan premis, kerusi meja, kebersihan pekerja, dan
kebersihan makanan hendaklah dibuat dua minggu sekali.
4.4 Pemeriksaan
terhadap kebersihan perkakasan memasak dan rekod kesihatan pekerja
hendaklah dibuat mengikut keperluan.
4.5 Penilaian
prestasi terhadap perkhidmatan yang diberi hendaklah dibaut dua kali
setiap semester.
4.6 Surat-surat
atau maklumat hendaklah dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Ketua
Jabatan Sains dan Jawatankuasa Kafetaria KMPh kepada pekerja atau
syarikat sama ada untuk makluman, tindakan lanjut atau peringatan.
4.7 Ketua Jabatan
Sains juga bertanggungjawab memberi taklimat atau bermesyuarat
dengan para pekerja pembersihan dan syarikat yang terlibat apabila
perlu.
4.8 Memberi
laporan kepada pihak pengurusan kolej apabila diperlukan.
4.9 Wajib bagi
Jawatankuasa Kafetaria KMPh meneliti dan memahami butiran kontrak.
5. KAWALAN
TERHADAP PERKHIDMATAN PENCERAMAH, PENSYARAH ATAU SYARIKAT DARI LUAR
UNTUK KURSUS DAN LATIHAN
5.1 Pihak yang
mengawal perkhidmatan penceramah, pensyarah dan syarikat daripada
luar
yang digunakan dalam kursus, latihan dan bengkel anjuran kolej
ialah setiap Ketua Jabatan dan Ketua Unit sebagai penganjur kursus.
5.2 Setiap Ketua
Jabatan dan Ketua Unit yang menganjur kursus, latihan dan bengkel
perlu memastikan penceramah, pensyarah atau / dan syarikat yang
dikenalpasti adalah menepati keperluan dari segi kepakaran
profesional dan kesesuaian sahsiah.
5.3 Penganjur
kursus, latihan dan bengkel perlu membuat pemantauan terhadap isi
syarahan, latihan dan ceramah yang diberikan.
5.4 Penganjur
kursus, latihan dan bengkel perlu membuat penilaian prestasi
terhadap penceramah, pensyarah dan syarikat daripada luar yang
digunakan setiap kali selepas kursus, latihan dan bengkel.
5.5 Penganjur
kursus, latihan dan bengkel perlu menghantar laporan terhadap
prestasi penceramah, pensyarah dan syarikat daripada luar yang
digunakan dalam kursus, latihan dan bengkel kepada pengurusan kolej
hanya apabila diperlukan saja.
5.6 Panganjur
kursus, latihan dan bengkel perlu memaklumkan pihak yang
bertanggungjawab dalam MS ISO KMPh tentang aktiviti berkaitan yang
telah dijalankan.
6. KAWALAN
TERHADAP PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN OLEH HOTEL DAN RESORT SECARA
PAKEJ DAN TIDAK BERPAKEJ
6.1 Pihak yang
mengawal perkhidmatan yang diberikan oleh hotel dan resort secara
berpakej dan tidak berpakej ialah PEK dengan kerjasama penganjur
kursus / bengkel dan urus setia mesyuarat dan persidangan.
6.2 Penganjur
kursus / bengkel dan urus setia mesyuarat dan persidangan perlu
membuat penilaian ringkas terhadap prestasi perkhidmatan yang
diberikan hotel dan resort semasa program berkenaan berlangsung dan
hasil atau rumusan penilaian prestasi berkenaan hendaklah dihantar
kepada PEK untuk tindakan lanjut atau simpanan.
6.3 Aspek
perkhidmatan hotel dan resort yang perlu dinilai prestasinya ialah
mutu makanan dan minuman, mutu bilik (termasuk kemudahan dalam bilik),
mutu bilik kursus (termasuk kemudahan dalam bilik) dan mutu layanan
di kaunter.
7. KAWALAN
TERHADAP PERKHIDMATAN DARIPADA KLINIK DAN HOSPITAL KERAJAAN DAN
SWASTA
7.1 Bagi kes
pelajar, pihak yang mengawal perkhidmatan daripada klinik dan
hospital kerajaan dan swasta ialah Penolong Pengarah Hal Ehwal
Pelajar (PP/HEP) dengan bantuan felo dan penyelia asrama.
7.2 PP (HEP)
hendaklah membuat analisis dan laporan bulanan mengenai penyakit
yang dihidapi oleh pelajar yang dirawat oleh klinik dan hospital.
Tugas ini bolehlah diturunkan kepada felo dan penyelia asrama.
7.3 PP (HEP)
hendaklah juga membuat laporan dua kali setiap semester terhadap
prestasi klinik dan hospital kerajaan dan swasta yang memberikan
rawatan terhadap pelajar KMPh.
7.4
Laporan-laporan di atas hanya perlu dihantar kepada pihak pengurusan
apabila diperlukan.
8. KAWALAN
TERHADAP PERKHIDMATAN BEKALAN AIR DARIPADA JABATAN BELKALAN AIR
PAHANG
8.1 Pihak yang
mengawal beKalan air di KMPh termasuk loji air, rumah pam air dan
pam air ialah Juruteknik Awam dengan dibantu oleh PEK.
8.2 Juruteknik
Awam perlu menghubungi pihak Jabatan Air Pahang dan PEK apabila
berlaku masalah bekalan air di kolej untuk tindakan pengatasian.
8.3 Juruteknik
Awam perlu memeriksa keadaan pam air dan loji bekalan air sekali
setiap semester dan menghantar hasil pemeriksaan tersebut kepada PEK
untuk tindakan lanjut atau untuk simpanan.
8.4 Juruteknik
Awam perlu sentiasa peka dengan mutu air yang dibekalkan oleh
Jabatan Bekalan Air Pahang Jika mutu air didapati kurang memuaskan
Juruteknik Awam hendaklah menghubungi pihak Jabatan Bekalan Air
Pahang.
8.5 Juruteknik
Awam sentiasa memantau supaya bekalan air tidak terbuang disebabkan
berlakunya paip air di bawah tanah dan dalam bangunan pecah.
9. KAWALAN TERHADAP PERKHIDMATAN BEKALAN ELEKTRIK DARIPADA TENAGA
NASIONAL
9.1 Pihak yang
mengawal perkhidmatan bekalan elektrik daripada Tenaga Nasional di
KMPh adalah Penjaga Jentera Elektrik.
9.2 Penjaga
Jentera Elektrik perlu menghubungi pihak Tenaga Nasional atau
wakilnya apabila berlaku gangguan elektrik di kolej.
9.3 Penjaga
Jentera Elektrik perlu memeriksa semua “sub-station” sekali setiap
semester dan menghantar laporan kepada PEK untuk tindakan lanjut
atau untuk simpanan.
9.4 Penjaga
Jentera Elektrik perlu sentiasa peka dengan keselamatan penghuni
kolej dengan memantau keadaan pendawaian elektrik di
bangunan-bangunan seperti asrama, bilik tutoran, bilik kuliah,
perpustakaan, makmal sains, makmal komputer dan makmal bahasa.
10. KAWALAN
TERHADAP PERKHIDMATAN INSURANS TAKAFUL
10.1 Pihak yang
mengawal perkhidmatan insurans takaful di KMPh adalah PP (HEP)
dengan bantuan Penolong Akauntan.
10.2 PP (HEP)
perlu memastikan setiap orang pelajar baru mempunyai perlindungan
insurans takaful. Begitu juga pelajar yang mengulang dan yang
berpindah daripada kolej lain.
10.3 PP (HEP)
perlu memastikan pihak Syarikat Takaful bertindak secekapnya
terhadap tuntutan yang dibuat oleh pelajar.
10.4 PP (HEP)
perlu memastikan Syarikat Takaful benar-benar memenuhi
tanggungjawabnya apabila memberi pampasan atau bayaran mengikut
syarat-syarat yang tertera dalam pelan perlindungan.
10.5 PP (HEP)
perlu membuat analisis dan laporan yang menggambarkan jumlah kes
tuntutan yang dibuat pelajar dalam setiap semester dan setiap tahun,
serta jangka masa pembayaran dapat diselesaikan. Laporan tersebut
perlu dipanjangkan kepada pihak pengurusan hanya apabila diperlukan.
|
Perkhidmatan Agensi luar |
Pihak
yang bertanggungjawab |
|
Membuat perolehan |
Mengawal
|
|
Perkhidmatan kawalan keselamatan |
PEK /
BMKPM / Unit Perolehan KMPh |
KJ
Pengurusan Pelajar / JK Keselamatan KMPh |
|
Perkhidmatan pembersihan bangunan |
PEK /
BMKPM / Unit Perolehan KMPh |
KJ
Matematik / JK Kebersihan Bangunan KMPh |
|
Perkhidmatan pembersihan kawasan |
PEK /
BMKPM / Unit Perolehan KMPh |
KJ
Sastera Ikhtisas / JK Kebersihan Kawasan KMPh |
|
Perkhidmatan kafetaria secara sewaan |
PEK /
Unit Perolehan KMPh / JK Sebut Harga KMPh |
KJ Sains /
JK Kafetaria KMPh |
|
Penceramah / pensyarah / syarikat dari luar |
KJ / KU /
Penganjur kursus / PEK |
KJ / KU /
Penganjur Kursus |
|
Hotel dan
resort |
KJ / KU /
PEK |
PEK / KJ
/ KU |
|
Klinik
dan hospital |
PP (HEP)
/ Felo |
PP (HEP)
/ PEK |
|
Jabatan
Bekalan Air Pahang |
PEK |
Juruteknik Awam KMPh/ PEK |
|
Tenaga
Nasional |
PEK |
Penjaga
Jentera Elektrik KMPh / PEK |
|
Syarikat
Insurans Takaful |
PP (HEP)
/ Pen Akauntan |
PP (HEP)
/ Pen. Akauntan |
|
Catatan : |
KJ |
: |
Ketua Jabatan |
| |
KU |
: |
Ketua Unit |
| |
PEK |
: |
Pegawai Eksekutif Kanan |
| |
KMPh |
: |
Kolej Matrikulasi Pahang |
| |
BMKPM |
: |
Bahagian Matrikulasi Kementerian
Pelajaran Malaysia |
MENU
UTAMA
© shamsherbie oktober 2006 kmm
© shamsherbie (edited) jun 2008 kmph
|